Tuesday 8 September 2020

COVID..OH..COVID..

2020..

Tahun yang sangat mencabar buat semua penduduk di Malaysia amnya..khusunya di daerah Kota Belud ini..

Kita telah mengalami satu kejutan di mana semua pergerakan telah dikunci ibaratnya kita telah dirantai dengan gelang besi disebabkan oleh satu virus yang mengegarkan satu dunia iaitu Virus Corona atau Covid - 19.

LATAR BELAKANG VIRUS COVID-19 DAN BAGAIMANA MENJANGKITI SATU DUNIA

SEJARAH JANGKITAN COVID-19 DI MALAYSIA

Negara Malaysia telah mengamalkan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) bermula dari 18 Mac 2020 sehingga perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat seterusnya Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang akan tamat pada 31 Disember 2020.

UNTUK WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN ROSOK

Kita masih berhadapan dengan wabak covid 19 dan pembukaan sekolah telah pun dilaksanakan pada 15 Julai 2020 bagi murid Prasekolah atau tadika,Tahun 5,6 dan PPKI seterusnya pada 22 Julai 2020 bagi adalah untuk murid tahun 1 hingga tahun 4.

Diharap semua murid dapat mengikuti SOP yang telah digariskan oleh pihak sekolah agar penularan virus Covid 19 dapat dihentikan.

Ibu Bapa yang risau untuk menghantar anak - anak ke sekolah diharap dapat menghubungi pihak sekolah untuk memaklumkan ketidakhadiran ke sekolah. Namun, pihak sekolah amat yakin kawasan sekolah adalah kawasan selamat untuk anak - anak anda kerana Prosedur Operasi Piawaian(SOP) dilaksanakan dengan ketat iaitu dengan pemakaian pelitup muka, suhu murid dan juga penggunaan pembasuh tangan beralkohol(Hand Sanitizer).

Guru Unit Bimbingan dan Kaunseling akan membuat lawatan ke rumah murid bersama Pentadbir sekolah bagi memastikan murid hadir untuk mengikuti sesi persekolahan.

Terima Kasih.